Warisan Keluarga, Citarasa Istana
Kisah Warisan Rendang
Rendang Minang Pak Nil bukan sekadar hidangan biasa, ia adalah rasa warisan yang dibawa turun-temurun daripada arwah ibu Pak Nil sendiri.
Sejak kecil, Pak Nil melihat sendiri bagaimana arwah ibu menyediakan rendang dengan penuh teliti, memilih rempah terbaik, memasak perlahan-lahan sehingga pecah minyak, dan memastikan setiap suapan mempunyai rasa yang kaya, pekat dan penuh aroma.
Hingga hari ini, Pak Nil masih mengekalkan resepi asal tersebut tanpa mengubah keasliannya. Setiap bahan dan cara masakan masih mengikut resepi arwah ibu Pak Nil “bulat-bulat”, demi memastikan rasa tradisional itu terus kekal dinikmati oleh generasi hari ini.
Bagi mengekalkan keaslian rasa warisan ini dalam bentuk yang lebih premium dan berkualiti, Pak Nil memilih untuk berkolaborasi bersama Asam Pedas London dalam menghasilkan Rendang Minang Pak Nil agar semua orang dapat menikmatinya bersama.
Selain Rendang Minang signature kami, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai pilihan rendang istimewa lain seperti Rendang Perak (aspirasi Resepi Istana Kuala Kangsar Perak), Rendang Daging, Rendang Ayam, Rendang Ayam Special (hati, pedal & kaki ayam) dan Rendang Paru
Bagi Pak Nil, rendang bukan hanya tentang makanan. Ia adalah kenangan, kasih sayang keluarga dan warisan rasa yang menyatukan semua di meja makan.